February 28, 2011

.::FACEBLOG::.

woo...aku da join faceblog...pe jadah nye mende ni...hahaha...kalau ikut kan ape yang aku bace kat page die nim hurm..korang bace la sendiri ek...

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

ha 2 la die mende nye...ramai gax y join faceblog ni...thanx 2 Gadis Blog sebab tarik minat aku nak join faceblog ni...hahaha [sebenarnye saje je nak try2 klik kat link 2...xsangke masuk lak part kene wat post nih hahaha blasah yo]...


.::JanGan MenYeraH::.

Tak ada manusia

Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi



Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi



Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi



Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa





February 27, 2011

.::MimPi Oh MimPi::.

Org cakap mimpi ni mainan tido...betul ke...pada aku pulak...ade beberapa scene mimpi aku yang bg hint pade sesuatu...malam tadi aku mimpi xciden agi...ya allah mintak jauhkan la dari malapetaka...ari 2...kejadian 13 Feb...aku mimpi xciden gax sampai kete tebalik...pas2 siangnye betul2 aku alami 2 kejadian berasingan...xciden depan mate...walaupun bukan aku yang bawak...tp cuak nye...takut nye Allah je yang tahu...sebab mimpi 2 jugak la aku x balik umah sewa agi hari ni...isau beb...pagi2 sok la aku balik pas2 terus g keje...

pas2 da 2 hari gax la aku mimpi pasal mudat natal aku 2...hurm...tah kenape tah...mayB rindu kot...ye ar...dok perang je tah bile nak damai tah...tp ok gax mimpi die...huhu xde lak men perang2 lam mimpi 2...die baik je...suke aku...xdapat realiti...mimpi pun jadi la...hahaha...tapi kalau mimpi yang ni jadi kenyataan...lagi la best...ngee~~~

.::aPa y KuRasA::.

banyak yang ingin diperkatakan..tapi tersimpan di hati...mulut terkunci untuk bersuara...apa yang ingin dibuktikan melalui perbuatan...aku hanya boleh melihat kegembiraan tetapi tidak boleh merasa...ingin turut gembira...hati tidak mengizinkan...kegembiraan dibalas kesedihan...tiada kata2...tiada gelak tawa...tiada segala2 nya...apa yang ingin dilaku kan terbantut dek hati yang membatu...sampai bila...sampai bila harus ku tahan...harus ku telan...harus ku hadapi berseorangan...tiada teman...tiada tempat untuk ku luah kan...aku rindu...rindu kan detik2 dulu...jika dapat ku undurkan waktu...akan ku siap kan...akan ku pelihara segala kegembiraan yang ada...supaya aku dapat menikmatinya di kemudian hari...tapi siapa aku untuk meminta apa yang bukan milik ku...aku tiada kuasa...aku tiada daya...aku cuma insan yang lemah...insan yang mengharapkan sesuatu yang tak tercapai dek tangan...aku perlu kan kamu..

February 26, 2011

.::iBaraT TertUsuk SemBilU::.

tersentap...terase...
cam nak nangis...
cam nak maki org...
cam nak terajang org...
cam nak meraung...
cam nak hantok pale kat dinding...
cam nak lari jauh2 dari sume org...
cam nak fire je ase...
tapi...terdiam...xterkate pape...
terduduk menelan semua bicara...
im speechless...will shut up as u wish...  


                                           

February 25, 2011

.::sALah aKu Ke::.

agak tersentap dengan kata2nya....salah aku ke...ade r gax....salah aku sbb tertanye pade waktu yang x tepat...tapi x semua...bising ke aku....sampai kene sound soh dok diam...yang die pun satu x reti ke nak gune mode lain...set la die vibrate ke silent ke...semua nak salah kan orang lain...tapi kalau aku sentap pun ade orang kisah ke...nak ke aku jadi pendiam sepenuh mase...slame ni part time je....tapi bile pk2 lik...ade ke org kisah....huh!!! DOWN....DOWN...DOWN....

i'm d ant in da desert n nobody sees mee......


.::M3ngeNal JodOh Kit3::.



dah lame aku x menjengah http://forum.tentangcinta.com ni...satu mase dulu slalu jugak la aku dok post2 cite ke or berbalas pandangan dan pendapat dengan ahli2 dalam forum 2...hari ni aku tergerak hati nak tengok la balik...cari punye cari jumpe la id gan password aku balik...n aku pun on la...tajuk yang memule aku tertarik tok bace adalah... .::Cara Bagaimana Mengenal Jodoh Kita::. betul ke x entry ni wallahua'lam terpulang pada anda untuk menilai...y kite kene ingat jodoh kat tangan Allah...kite juz merancang...Dia je yang tau segala rahsia alam....aku juz nak kongsi je...

1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. 
Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.

2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. 
Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.

3. Dia suka apa saja yang anda miliki. 
Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.

4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. 
Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.

5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. 
Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.

6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. 
Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.

7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. 
Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.

8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. 
Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.

9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda

hoho da jumpe ke belum org yang ade ciri2 cani...klu da ade....jage la die seelok2 nye...hidup kite ni kene give n take...bukan sebelah pihak je yang kene paham pihak lagi satu...tp dua2 kene ade kesefahaman antara satu sama lain...baru la xde rase xpuas hati antare korang...kite je yang tau perangai kite camane...n cube suai kan perangai kite 2 dengan pasangan...mane yang baik diambil n yang buruk dijauhkan...pasangan kite 2 pun manusia biase...perangai pun berbeza...boleh menjage ego...tetapi jangan keterlaluan...kalau die berubah hanya kerana kite...bende 2 xkan kekal lame...n akan jadi satu bebanan pade die dikemudian hari...n x mustahil ape yang cube kite nak elakkan akan terjadi juge...ingat la...jika korg menyayangi seseorang jage la die...sayang la die...supaya korg x kehilangan nye...sebab...bukan semua bende yang hilang boleh diganti...n kalau dapat ganti pun kalau muke sama...fizikal sama....xmungkin hati 2 akan sama...percaya lah...kite xkan dapat ganti kan macam yang sedia ada...

February 24, 2011

.::RahsiA meNamBat Hati LeLaki::.

da berminggu aku simpan artikel ni...klu ikut kan aku xpenah terpikir pun nak tengok artikel2 camni tapi disebabkan gaduh gan Mr Pumpkin aku 2...aku tgk jugak la...n nak share ckit la gan org y dtg menjengah aku di sini....tapi...ade gax antare tips2 kat bawah ni yang menjadi kemusykilan kat pale aku ni...sangat panjang da aku malas nak edit agi...korang bace la sendiri ye...

p/s :- 4 my Mr Pumpkin...org ngaku ade gax antare2 mende kat bawah ni yang org da buat...sorry sangat2...n I'll try my best tok x ulang agi mende2 cam2...tapi...kalau ade jugak...plz2 tegur sbb kdg2 kite xkan sedar y kite dah buat salah...n thanx sbb soh carik artikel ni...n most of dat mmg ade pade b [-( sangat cerewet..hahahha....:p
  • Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
  • Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
  • Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
  • Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
  • Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
  • Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
  • Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
  • Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
  • Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
  • Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
  • Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.
  • Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.
  • Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
  • Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
  • Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
  • Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
  • Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
  • Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
  • Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
  • Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
  • Lelaki berahsia dengan lelaki lain ( ade sesetengah org ye...ade gax y x)
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
  • Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
  • Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
  • Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
  • Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
  • Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.
Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.
Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
  • Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
  • Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa




.::rAcuN t3tAp Akan MeNjadi RacuN::.

hoho...tidak!!!! xsangke lak aku ley terjebak dalam bab2 RACUN ni...sume nye bermule di sini...hahahhaa...Mr. Botol Racun ku yang beli RACUN...aku memule 2 cam xsetuju r gax kan die nak beli...tp xpe la...duit die...suke ati die la kan...yang buat aku macam teringin nak amik tau ape itu RACUN...sebab...die slalu abih kan mase dgn RACUN die 2...sampai satu tahap...aku macam ade keinginan nak tau ape la yang best sangat dgn RACUN...aku pun tanye la...tanye punye tanye punye tanye...die pun cite la...sebenarnye sepatah haram pun aku xtau n xpaham...bese r...beginner kan...hahaha...start die bg aku manual pasal RACUN 2...aku jadi rajin lak nak membelek walaupun xpaham...ye r...aku cume boleh membayang kan je...fizikal xde...nak merase n mencube...macam konsep teori n amali la kan...direct 3 hari die wat klas malam tok aku pasal mende ni...pas2 otai muncul...hohoho...otai lagi menuang dan menambah RACUN yang sedia ade...n aku ape agi...teruje...terpikat dan segale ter la...die ajak join group nikonian dorg n boleh lak die ckp g s'pore nanti sorang satu bawak...adeh...tekanan di situ....org cakap kene beli dulu baru boley blaja...tp keperluan aku bukan disitu...cume kehendak...bile da stabil insyallah aku carik gax kot...setakat ni aku rase cukup aku tahu kegunaan n fungsi setiap button yang ade...dengan flow ekonomi aku yang x berape nak stabil 2...baik aku pk sal transform stage...dari aku pk pasal RACUN...sebab...RACUN tetap akan menjadi RACUN n hanya RACUN jugak la yang menjadi penawar segala RACUN n bende ni akan berterusan selagi RACUN itu wujud..so..sabar....


.::sTart::End::.

saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...
xbetul sila tegur...xbest...layan kan aje...
kalau kite xstart sesuatu kite xkan tau samada kite boleh buat ke idak...
so wait n see the results ...

.::KLik Aj3::.