January 19, 2012

.:: Kepada Bakal Suamiku::.



Assalamualaikum...

Kepada bakal suamiku yang dicintai,

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi ada beberapa perkara yang harusku jelaskan kepadamu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tidak pernah menganggap diriku sebagai pilihanmu yang terbaik. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang akan kukenali lebih dekat apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi seorang isteri yang taat dan solehah di bawah bimbinganmu.

Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dikalangan lelaki yang pernah aku kenali. Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang aku pilih. Aku tidak mengangkat engkau sebagai yang terbaik semasa aku memilihmu. Sebaliknya aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbingku ke jalan yang lebih baik, dengan caramu melayan orang sekelilingmu, dan cara kamu berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradikku. Namun itu tidak bermakna kau tidak akan berubah dan sentiasa baik di mataku. Tetapi cukuplah aku berdoa agar kamu sentiasa begitu.

Bakal suamiku yang dikasihi,

Aku punyai keluarga sama sepertimu. Aku juga percaya yang kamu tahu ikatan keluarga tidak boleh dibeli dengan wang dolar atau ringgit malaysia. Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka seperti mana aku sentiasa memberi ruang pada kamu bersama keluargamu. Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku, sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa dengan keluargaku.

Sebagai wanita berkerjaya, aku tidak mengharapkan huluran wang berlebih lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja. Cukuplah nafkah sekadar cukup, (yang menjadi tanggungjawabmu) supaya aku tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi seorang yang riak dan takbur. Maka aku harapkan kau juga bertolak ansur memperuntukkan wang gajiku untuk ibu bapaku. Kita masing-masing punya tanggungjawab walau tidak wajib bagiku sebagai anak perempuan, tetapi fahamilah niatku untuk membantu keluargaku.

Bakal suamiku yang budiman,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka dan sentiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha Allah juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah hubungan kamu dengan ibu bapaku. Janganlah setelah aku sah menjadi milikmu, kamu ketepikan mereka. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku  terhadap ibu bapaku sendiri. Sesungguhnya wajib kepada kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.

Bakal pemimpinku sayang,

Aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan sering bercanggah pendapat denganmu. Aku amat menghargai kesabaranmu setiap kali kita bertelagah dan kamu masih juga mahu mengambilku sebagai isteri. Antara kita memang terdapat banyak perbezaan. Namun janganlah kiranya kesabaran itu hilang setelah akad nikah kelak. Jika aku tersalah perbuatan tegurlah aku sebaiknya dan kiranya kamu salah kelakuan aku juga akan menegurmu.

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat pula dihati untuk dikasihi. Maka kasihanilah aku seadanya selagi layak aku untuk dikasihi dan tidak kurang sehingga layu...

Sayangku,

Walau tulisan hanya di adaptasi, apa yang disampaikan jelas seperti dihati.. Moga kamu mengerti apa yang ingin aku luahkan.


January 13, 2012

.::sesuatu mengenai saya::.

did u kno dear... the main things u have 2 know bout girls..


situasi cani slalu berlakukan...
its true...sebab bile sedih..sy nak bercerita..mesti kene marah...nada xkene lansum...xde +ve reaction pun dr awk....do u realize dat
hmm...dalam kehidupan memang akan ade pun...contohnye sy la 2...sy benci die sy benci sumenye y pernah ade gan awk...sy dah try...tp xboleh sb sy xley nak pretend cam ley time sumenye...mgkin sebab sy da nampak kot ape y sy xpatut nampak...


awk xkan tau kan rasenye cane...mende 2 xpernah berlaku dalam kehidupan awak...


yup...xsemua bende dalam hidup berpasangan kene sentiasa menghulur, memberi dan bertolak ansur bagi satu pihak sahaja...satu hubungan ni xkan jadi kalau xade komitmen dari dua belah pihak...sebab kalau hanya seorang yang buat semua..kene pk semua...lame2 die pun akan penat...

kenapa sy slalu larang...sebab...se power2 Lamborghini kalau xciden ranap gax...cam2 la kite manusia...sepandai2 kite jage diri pun...kalau kite salah pilih jalan, salah pilih kawan...habis gax kite...n sumtimes..kite xkan tau kenape  kite asek carik org 2...walaupun title die sebagai ADEK shaja...sb ni la...


 sesiapa yang ade dlm situasi ni...kalau masih tiada ikatan...baik pk banyak2...tp kalau dah ade ikatan..lebih baik mencuba utk berubah dr meneruskan ape y dirase...

saye tau....


lagipun...


orang yang cani xpatut pun dibuat kawan...
and 1 more thing u should know n plz keep it in ur mind...
if anything happen between us 
sb 2 akan ag buat semuanye jadi lagi huru hara :))
lebih2 lagi dalam keadaan kite cani...


hurm....bukan nak menjatuhkan tetapi meluahkan...sorry kalau post ni menyentuh sensitiviti sesetangah pihak...cume berkongsi...ape yang perempuan rase bila ade di posisi menerima :))

PERINGATAN KEPADA 'ENCIK' sekalian



sy cube elak dari rase cani....
tapi xdapat nye punnnnnn.....

January 10, 2012

.::HATI vs CINTA::.


HATI
kau sakit lagi hati
sabarlah hati
anggap sume ni dugaan
dugaan dalam perhubungan

HATI
keras la kembali
jadi seperti hati yang dulu
naturalkan rasa yang ada
hilangkan segala kepahitan yang dirasa

CINTA
percayalah bahawa aku menyayangi
tak pernah ku halang apa yang kau cari
jauhi apa yang dibenci
aku tak sekejam yang kau sangka
tidaklah sehingga menentang semuanya
cuma ada sekelumit cemburu
yang bertandang dikala rindu

CINTA
kau jauh di mata
tapi dihati kaulah raja
apa yang kupinta
tidak perlu luah pada dunia
segala masalah yang melanda

CINTA
harapanku hanya satu
moga kau ingat padaku
walau jauh dimata

aku tidak pandai bermadah...cuma sekadar luahan...luahan yang tidak mampu ku luahkan dengan suara...hanya tulisan yang dapat menggantikan...







January 3, 2012

.::Good Bye 2011::Welcome 2012::.


2011 telah pergi kini diganti 2012..

2011 dah jadi sejarah...macam2 yang jadi dalam tahun 2011 ni...di awal tahun kesedihan melampau dan berlarutan sampai ke tengah tahun...tapi di akhir bulan 6...cahaya kegembiraan tu muncul sedikit demi sedikit...siapa sangka...orang yang aku nak elak tu lah orang yang bakal jadi suami ku kelak...InsyaAllah jika diberi umur yang panjang rexeki yang lebih dan jodoh yang berkekalan...

Permainan hati sepanjang 2011

Jan - xciden mase nak pegi keje...tensen seharian nanges je...+ + masalah hati
Feb - 2 xciden dalam satu masa, menyedari kecurangan, kantoi
Mac - dalam kesedihan, cuba untuk berbaik, mengukur jalan
April - dalam kesedihan, cuba untuk berbaik, mengukur jalan
Mei - kantoi lagi, putus, mengukur jalan
Mei hingga Jun - berulang kl - seremban, kenal alom
Julai - belajar kenal ati budi alom
Ogos - kapel
September - hari2 ku abiskan gan alom 
Oktober - rancang nak tunang
November - Ibu datang merisik
Disember - status bertukar menjadi tunangan orang...

pergh...sangat drastik keputusan yang aku amik kan...hak3...kalau dah jodoh...kite tolak cane pun tetap akan datang jugak...

Permainan hati sepanjang 2012

coming soon.....to be continue....

hak3...sangat x percaye...dah jadi tunangan orang...hurm...tapi itu la hakikatnya....dugaan makin banyak...alom pun makin jauh...haish...dugaan hati 2 sentiasa ade...perasaan prejudis terhadap pasangan 2 kompom akan muncul jugak...moga Allah kuatkan la hati ni meniti hati yang mendatang...
(Oktober 2012 akan dinanti dengan penuh debaran)

p/s: belajar untuk menyayangi orang yang sayang kan kita...usah dikejar pada dia yang dah xnak kat kita...sabar 2 ade hikmah nya...usah dipertikaikan takdir Allah...percaya dan yakin bahawa Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita...bersusah-susah dahulu...bersabar...dan akan datang kesenangan yang diimpikan....

.::KLik Aj3::.