March 7, 2011

.::AnDai::.

Andainya lelaki tahu
Dalam naluri seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesah nya
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya

Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan itu minta dipujuk
Marah seorang perempuan itu perlu didekati
Sedih seorang perempuan harus didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andai lelaki tahu
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk di manjai
Bukan jua untung ditatang bagai minyak yang penuh
Hanya perlu sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau di saat jauh

Andai lelaki tahu
Hati akan sering bertanya
Wujud kah cinta itu dihati lelaki
Bila disaat jauh tanpa perkhabaran

Sayangi seseorang itu atas dasar
Siapa dirinya sekarang
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini

video

No comments:

.::KLik Aj3::.