January 19, 2012

.:: Kepada Bakal Suamiku::.



Assalamualaikum...

Kepada bakal suamiku yang dicintai,

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi ada beberapa perkara yang harusku jelaskan kepadamu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tidak pernah menganggap diriku sebagai pilihanmu yang terbaik. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang akan kukenali lebih dekat apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi seorang isteri yang taat dan solehah di bawah bimbinganmu.

Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dikalangan lelaki yang pernah aku kenali. Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang aku pilih. Aku tidak mengangkat engkau sebagai yang terbaik semasa aku memilihmu. Sebaliknya aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbingku ke jalan yang lebih baik, dengan caramu melayan orang sekelilingmu, dan cara kamu berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradikku. Namun itu tidak bermakna kau tidak akan berubah dan sentiasa baik di mataku. Tetapi cukuplah aku berdoa agar kamu sentiasa begitu.

Bakal suamiku yang dikasihi,

Aku punyai keluarga sama sepertimu. Aku juga percaya yang kamu tahu ikatan keluarga tidak boleh dibeli dengan wang dolar atau ringgit malaysia. Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka seperti mana aku sentiasa memberi ruang pada kamu bersama keluargamu. Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku, sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa dengan keluargaku.

Sebagai wanita berkerjaya, aku tidak mengharapkan huluran wang berlebih lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja. Cukuplah nafkah sekadar cukup, (yang menjadi tanggungjawabmu) supaya aku tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi seorang yang riak dan takbur. Maka aku harapkan kau juga bertolak ansur memperuntukkan wang gajiku untuk ibu bapaku. Kita masing-masing punya tanggungjawab walau tidak wajib bagiku sebagai anak perempuan, tetapi fahamilah niatku untuk membantu keluargaku.

Bakal suamiku yang budiman,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka dan sentiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha Allah juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah hubungan kamu dengan ibu bapaku. Janganlah setelah aku sah menjadi milikmu, kamu ketepikan mereka. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku  terhadap ibu bapaku sendiri. Sesungguhnya wajib kepada kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.

Bakal pemimpinku sayang,

Aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan sering bercanggah pendapat denganmu. Aku amat menghargai kesabaranmu setiap kali kita bertelagah dan kamu masih juga mahu mengambilku sebagai isteri. Antara kita memang terdapat banyak perbezaan. Namun janganlah kiranya kesabaran itu hilang setelah akad nikah kelak. Jika aku tersalah perbuatan tegurlah aku sebaiknya dan kiranya kamu salah kelakuan aku juga akan menegurmu.

Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat pula dihati untuk dikasihi. Maka kasihanilah aku seadanya selagi layak aku untuk dikasihi dan tidak kurang sehingga layu...

Sayangku,

Walau tulisan hanya di adaptasi, apa yang disampaikan jelas seperti dihati.. Moga kamu mengerti apa yang ingin aku luahkan.


No comments:

.::KLik Aj3::.